
3 Manusia Penentu di Akhir Zaman part2 - Ust. Zulkifli M Ali, Lc. MA
TAG:
imam mahdi
imam mahdi sudah muncul
imam mahdi adalah
Kenali AL-MAHDI sebenar
imam mahdi 2023
imam mahdi hadith
doa perlindungan dari dajjal
imam mahdi in quran
berenang berkuda memanah
ajarilah anakmu berenang berkuda memanah
Membeli-belah
ajari anakmu berenang berkuda memanah
hadits berenang memanah berkuda
berenang berkuda dan memanah dalam hadits
hukum berkuda dalam islam
hukum berkuda bagi wanita
BELAJARLah NAIK KUDA
doa selamat dari dajjal
amalan hindari fitnah dajjal
hukum berkuda
hukum berkuda dalam islam
hukum berkuda bagi wanita
hukum wanita berkuda
BELAJAR NAIK KUDa
pengikut dajjal kebanyakan adalah
pengikut dajjal adalah
pengikut dajjal
pengikut dajjal disebut
pengikut dajjal di akhir zaman
pengikut dajjal wanita
pengikut dajjal kebanyakan
70.000 pengikut dajjal
amal surah al kahfi
ayat benteng fitnah dajjal
sihir dajjal
IMAM AL-MAHDI adalah seorang insan yang akan dilahirkan di akhir zaman bagi memberi petunjuk kepada manusia yang mula hilang arah dan tujuan sebenar beragama. Dengan kedudukan IMAM AL-MAHDI yang agong, kita diperlihatkan mutakhir ini ada sosok manusia yang mula mengaku secara langsung bahawa dia adalah IMAM AL-MAHDI
Dalam ajaran Islam, IMAM AL-MAHDI (Arab: المهدي; al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani. Telah bersabda Rasulullah S A.W,
“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan IMAM AL-MAHDI adalah :
Telah bersabda Rasulullah S A.W,
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
IMAM AL-MAHDI sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelaran khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. IMAM AL-MAHDI dapat diertikan secara bebas bermakna "pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk
Nama IMAM AL-MAHDI sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa Rasullullah S.A.W, iaitu Abdullah. Nama IMAM AL-MAHDI sama dengan Rasulullah S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang IMAM AL-MAHDI dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah S A.W. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:
Telah bersabda Rasulullah S A.W,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah S A.W, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
Kepemimpinan IMAM AL-MAHDI Dalam hadis yang disebutkan di atas IMAM AL-MAHDI akan memimpin selama 7 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya IMAM AL-MAHDI akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.
Kemenangan demi kemenangan yang diraih IMAM AL-MAHDI dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh IMAM AL-MAHDI serta pengikutnya.
Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding IMAM AL-MAHDI oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.
IMAM AL-MAHDI dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa
Menarik Juga:
This is a