ZIKIR 2 JUTA PAHALA DAN KEBAJIKAN
Zikir ini terdiri daripada dua bahagian:
1) Laa ilaaha illallah wahdahu laa shariikalah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Allah itu Maha Esa dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya)
2) Ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan Ahad.
yang juga merupakan perkataan dari surah Al-Ikhlas (Qul huwallah). Yang berkuasa. Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia tidak diperanakkan. Dan tidak ada yang seperti Dia.
Dari Abdullah bin Abi Aufa ra berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Sesiapa yang membaca 'Laa ilaaha illallahu wahadahuu laa syarika lahuu ahadan somadan lam yalid walam yuulad, wala yakun lahuu kufuwan ahad', maka Allah akan menulis untuknya dua juta kebaikan" (HR Thabrani)
Dalam zikir ini terdapat kalimah tauhid yang sangat berat iaitu "Laa ilaaha illallah" dan juga ayat-ayat yang memuji dan mengEsakan Allah S.W.T.
jangan sia-siakan masa anda berlalu pergi begitu sahaja tanpa zikrullah.
semua ahli syurga berada di dalam keadaan gembira tetapi menyesal kerana masanya di sia siakan tanpa zikrullah.
sama-samalah kita hafal dan amalkan zikir ini sebelum tidur, selepas bangun tidur.
jangan buang masa dengan berlalu begitu sahaja masa kita tanpa zikrullah.
semua ahli syurga berada dalam keadaan gembira tetapi menyesal kerana masa yang terbuang tanpa zikrullah.
- Dengan membaca beberapa kalimah pendek dan ringkas ini, Allah akan mengurniakan berjuta-juta nikmat kepada kita.
Malangnya, sangat sedikit yang tahu, malah alpa dengan nikmat dan kelalaian dunia.
- Allah swt menjanjikan pahala setiap kebaikan sepuluh kali ganda, kelak pahalanya akan terus meningkat mengikut darjat keikhlasan. Ini menunjukkan pemberian Allah tidak terhad. Kita cuma perlu ikhlas dan berbuat baik dengan niat kerana Allah.
Tag kata kunci:
2 juta pahala, zikir 2 juta pahala, amalan 2 juta pahala, doa 2 juta pahala, zikir 2 juta pahala sahih, selawat 2 juta pahala, pahala dua juta, wirid 2 juta pahala, pahala 2 juta, hadis 2 juta pahala, hadis zikir 2 juta pahala, hadis pahala 2 juta, hadis zikir 2 juta pahala,Quran Online
amanahsaw.blogspot.com