lagi.. ›
KELEBIHAN SAHABAT NABI MUHAMMAD
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. dia berkata: Sebaik-baik umatku ialah mereka yang hidup di zamanku, kemudian mereka yang hidup bersama dengan sahabat-sahabatku, kemudian mereka yang hidup selepas mereka (sahabat r.a). Setelah itu akan datang suatu kaum yang kesaksiannya mendahului sumpahnya, dan sumpahnya mendahului kesaksian mereka.
LIHAT JUGA:
Quran Online Audio,
Text Terjemahan Paling Lengkap
ANTARA keistimewaan Nabi Muhammad SAW yang dikurniakan Allah, mempunyai ramai pengikut setia yang terus menerus dalam menyebarkan ajaran Islam yang dibawakan baginda Rasulullah. Mereka ini dikenali sebagai sahabat.
"Janganlah kamu mencaci sahabatku. Demi Allah yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang daripada kamu membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekali pun, nescaya tidak akan dapat menyamai satu cupak salah seorang mereka, bahkan setengah cupak daripadanya yang dibelanjakan ke jalan Allah."
_Hadis Riwayat Muslim