LIHAT APA TERJADI, KETIKA ABU JAHAL BERNIAT INGIN PIJAK LEHER NABI
(dengar kuliah)kerana merasa kecewa dan sakit hati melihat Rasulullah sujud.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Abu Jahal bertanya kepada kawan-kawannya (kafir Quraisy). "Apakah Muhammad menutup mukanya (sujud)," tanya Abu Jahal.
"Ya," jawab kawan-kawannya
.“Demi Latta dan Uzza, jika aku melihatnya sujud, aku akan memijak lehernya,” kata Abu Jahal.
Beberapa waktu kemudian, Abu Jahal datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika beliau sedang shalat. Dia terus mendekat kerana ingin memijak lehernya. Namun, tiba-tiba dia berasa takut sambil menutup mukanya dengan tapak tangan.
"Ada apa wahai Abu Jahal, " tanya kawan-kawannya.
“ Sesungguhnya antara aku dan Muhammad ada jurang api, bahaya, dan sayap yang banyak,” kata Abu Jahal.
Setelah berdoa dan mendengar apa yang dialami Abu Jahal, Nabi Muhammad SAW bersabda, “ Seandainya Abu Jahal terus mendekatiku, nescaya dia akan diserang malaikat hingga tubuhnya terkoyak berkeping-keping, ”
(HR Muslim).
tafsir surah : AL ALAQ